UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :LB Theory and practice of education
ISSN :2232-0393
Main Author :Murad Azlili, Abdullah Norazilawati,
Title :Pembangunan modul peta pemikiran i-Think bagi mata pelajaran Sains tahun 5 sekolah rendah (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2016
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan Modul Peta Pemikiran i-Think bagi mata pelajaran Sains sekolah rendah. Modul ini adalah sebagai rujukan dan panduan bagi memudahkan guru menggunakan peta pemikiran i-Think di dalam bilik darjah. Di samping itu, pembangunan modul ini juga adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan murid di dalam mata pelajaran Sains. Pengkaji menggunakan model ADDIE untuk membangunkan modul ini yang mempunyai lima peringkat iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian. Modul Peta Pemikiran i-Think terdiri daripada 4 bahagian iaitu maklumat mengenai i-Think, maklumat mengenai 8 peta pemikiran, rancangan pengajian harian (RPH) dan lembaran kerja berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Dalam kajian ini, modul tersebut dinilai oleh guru-guru Sains, jurulatih utama i-Think dan juga pensyarah. Modul ini dinilai dengan menggunakan senarai semak. Segala penambahbaikan dilakukan setelah peringkat penilaian selesai. Dijangkakan dengan adanya modul ini dapat mengurangkan beban guru untuk menggunakan peta pemikiran i-Think di dalam bilik darjah. Selain itu, dengan penggunaan lembaran kerja berasaskan KBAT, diharapkan ianya dapat meningkatkan penguasaan murid di dalam mata pelajaran Sains.

References

1. Abu Bakar Nordin (2013). Kurikulum Ke Arah Penghasilan Kemahiran Berfikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik. Bil 1. Isu 1. 2. Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012). Panduan Program i-Think. Kementerian Pelajaran Malaysia. Sumber dari http://www.ithink.org.my. 3. Buzan, T. (2003). Mind Maps for Kids – the shortcut to success at school. Thorsons HarperCollins Publisher, London. 4. Harkirat, S.D., Makarimi Kasim & Anderson, O.R. (2010). Constructivist-mind map teaching approach and the quality of students’ cognitive structures. Journal Science Education and Technology (2011) 20:186 - 200.doi: 10.1007/s10956-010-9245-4. 5. Hyerle, D. & Yeager, C. (2007). A Language for learning: Thinking maps incorporated. North Carolina; Thinking Maps. Inc. 6. Jamalluddin Harun, Baharuddin Aris & Zaidatun Thasir (2001). Pembangunan Perisian Multimedia – Satu pendekatan Sistematik. Kuala Lumpur: Venton Publishing. 7. Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. 8. Yahya Othman & Azmey Hj Othman (2012). Keberkesanan Penggunaan Peta minda dalam Pengajaran dan Pembelajaran Karangan Argumentatif di Sebuah Sekolah Menengah Arab di Negara Brunei Darussalam. Brunei. Universiti Brunei Darussalam. 9. Yahya Othman, Roselan Baki & Naffi Mat (2009). Pemerkasaan pendidikan Bahasa Melayu daripada teori ke praktik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distibutor Sdn Bhd. 10. Zabani Darus (2012). Status Pencapaian Malaysia Dalam TIMSS dan PISA:Satu Refleksi. Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)